-->

Mulakan setiap pekerjaan dengan

Wednesday 22 February 2012

RPT Biologi Tingkatan 5

Assalamualaikum w.b.t..

Hari tu saya dah upload RPT Biologi Tingkatan 4 kan.. Ada cikgu Bio yang request supaya saya upload RPT Biologi Tingkatan 5 jugak.. Walaupun saya tak mengajar Biologi Tingkatan 5, saya tetap penuhi permintaan tersebut.. Kawan-kawan sesuaikanlah dengan perancangan anda ya.. Saya pun rujuk RPT orang lain semasa membuat RPT saya sendiri.. Sharing Is Caring!! 




Untuk muat turun RPT Biologi Tingkatan 5, sila klik di sini.

Wednesday 15 February 2012

Rancangan Pelajaran Tahunan

Asslamualaikum semua. Alhamdulillah syukur kepadaNYA kerana masih mendapat nikmat hidup dan masih mempunyai kudrat untuk melaksanakan ibadat kepadaNYA.

Teringat pulak setiap kali sekolah bermula, mesti cikgu-cikgu sibuk siapkan Rancangan Pelajaran Tahunan. Dalam masa yang sama, terfikir jugak hati ini bahawa sebaik-baik perancang hanyalah DIA. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia juga Maha Bijaksana dengan menentukan perancangan yang terbaik bagi setiap hamba-NYA.


Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu (Surah Thaha: 98).

Segala nikmat susah dan senang yang diberikan kepada kita bukannya sia-sia. Semuanya telah dirancang dengan begitu rapi, dengan setiap hikmah bagi setiap perancangannya.

Walau bagaimanapun, kita tidak semestinya berpeluk tubuh menanti apa yang telah ditentukan oleh ALLAH kepada kita. Kita mesti berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang diidamkan. Bukankah ALLAH tidak akan mengubah nasib hambaNYA yang tidak mahu berusaha? Bahkan pepatah juga menyatakan bahawa sesiapa yang berusaha maka dia yang akan mendapat hasilnya.

Jadi, teruskan berusaha ya pelajar-pelajar di luar sana. Di samping itu, jangan lupa meminta kepada DIA. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan membuahkan hasil. InsyaALLAH. =)

Untuk muat turun RPT Biologi Tingkatan 4, sila klik di sini.